Polisi Penghantaran
Tarikh Berkuatkuasa: 1 September 2025
Tarikh Kemaskini: 1 September 2025
1. Tempoh Penghantaran
Kami memproses semua pesanan dalam tempoh 1–2 hari bekerja selepas pembayaran disahkan kecuali hari Ahad, cuti umum dan cuti yang diumumkan syarikat. Penghantaran dijangka tiba dalam:
Nota: Tempoh penghantaran adalah anggaran dan mungkin berbeza mengikut lokasi dan prestasi kurier.
2. Kaedah Penghantaran
Semua penghantaran dilakukan melalui J&T Express. Nombor penjejakan akan diberikan selepas pesanan dihantar.
3. Kadar Penghantaran
Kadar penghantaran dikira secara automatik semasa pembayaran berdasarkan berat dan lokasi.
Penghantaran percuma mungkin ditawarkan semasa promosi tertentu.
4. Kelewatan & Isu Penghantaran
Kami tidak bertanggungjawab atas kelewatan oleh pihak kurier. Namun, kami akan bantu menyelesaikan sebarang isu berkaitan penghantaran.
5. Alamat Tidak Lengkap atau Salah
Sila pastikan alamat penghantaran lengkap dan tepat. Kos tambahan untuk penghantaran semula akibat alamat tidak lengkap atau salah akan ditanggung oleh pelanggan.
6. Pengambilan Sendiri (Self-Pickup)
Kami juga menawarkan pengambilan sendiri dari:
Rita Zafran Sdn. Bhd.
📍 39-1F, Jalan Setia Perdana BE U13/BE, Setia Alam 40170 Shah Alam, Selangor.
🕒 Isnin–Jumaat, 10 pagi – 4 petang (kecuali cuti umum)
Arahan:
- Pilih “Pickup / Self-Collect” semasa checkout
- Notifikasi akan dihantar apabila pesanan sedia untuk diambil
- Tunjukkan nombor pesanan semasa pengambilan
- Pengambilan perlu dilakukan dalam tempoh 7 hari bekerja