Soalan Lazim

Kukupi ialah jenama minuman segera 3-dalam-1 yang menawarkan produk rendah gula, rendah kalori dan bebas laktosa seperti Kukupi Coffee dan Kukupi Cocoa.

Kukupi Coffee menggunakan serbuk kopi Robusta berkualiti tinggi, krimer bukan tenusu (tanpa laktosa), dan pemanis semula jadi buah monk. Hanya 0.7g gula dan 43kcal setiap hidangan.

Dalam setiap hidangan/sachet mengandungi 66mg kafein.

Ya, Kukupi menggunakan pemanis semula jadi dan rendah gula – sesuai untuk individu yang sedang  menjaga pemakanan.

Bagi pesakit Diabetes lebih baik dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Setiap sachet Kukupi Coffee mengandungi 0.7g gula dan Kukupi Cocoa mengandung 1.2g gula. Gula bukan dari sumber gula putih tetapi gula yang sedia ada dalam bahan kopi, krimer dan pemanis (monk fruit).

Bagi wanita hamil lebih baik dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Apa yang kami maklum, wanita hamil boleh mengambil sehingga 200mg kafein sehari. Setiap sachet Kukupi Coffee mengandungi 66mg kafein.

Bagi wanita yang sedang menyusukan anak lebih baik dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Apa yang kami maklum, wanita yang sedang menyusu boleh mengambil sehingga 300mg kafein sehari. Setiap sachet Kukupi Coffee mengandungi 66mg kafein.

Tuang 1 sachet ke dalam cawan, tambah 100ml hingga 200ml air panas (ikut citarasa masing masing), kacau dan sedia diminum.

Ya! Kukupi juga boleh dinikmati sebagai minuman sejuk – hanya tambah ais selepas bancuh.

Boleh dicampurkan untuk versi mocha yang lazat. Cuma jika gunakan 2 sachet, jumlah air yang digunakan juga mestilah 2x ganda dari sukatan normal untuk 1 sachet anda.

Kukupi boleh didapati di sini

Harga bergantung kepada promosi dan platform. Sila hubungi kami di Whatsapp, semak di Shopee atau TikTok Shop untuk info terkini.

Buat masa kini, kukupi hanya boleh dihantar dalam Malaysia dan Singapura (melalui Shopee Singapura). Penghantaran ke negara lain belum dapat disediakan kerana kos penghantaran yang terlalu tinggi.

Anda boleh datang terus ke pejabat kami di 39-1F, Jalan Setia Perdana BE U13/BE, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor pada waktu operasi atau boleh whatsapp kami untuk penghantaran menggunakan rider delivery platform.

Boleh, tapi kami tidak menerima wang tunai. Semua pembayaran menggunakan Duitnow QR untuk walk-in customer.

Kami beroperasi setiap hari Isnin hingga Sabtu, dari pukul 10:00 pagi hingga 4:00 petang. Kami tidak beroperasi pada hari Ahad dan Cuti Umum.


Untuk tempahan Shopee, Tiktok Shop dan WhatsApp, anda boleh membuat pesanan 24 jam sehari. Pengeposan hanya akan dibuat pada hari bekerja seterusnya jika pembelian diluar waktu operasi kami. Order di platform juga kami hadkan sehingga jam 1 petang setiap hari untuk pengeposan hari yang sama,

Sila hubungi kami melalui WhatsApp atau mesej di Shopee/TikTok Shop. Kami sedia membantu.

Sila hubungi kami melalui WhatsApp atau mesej di Shopee/TikTok Shop jika pembelian di platform. Kami sedia membantu.